JUH BERMUKUN

 

 

Rancangan "JUH BERMUKUN" merupakan salah satu rancangan tonggak SARAWAKfm yang amat dinanti-nantikan oleh pendengar setianya setiap hari Sabtu jam 10:15 malam hingga 12:00 tengah malam. Rancangan ini sekarang dikendalikan oleh DJ Aeijay secara langsung dan talian 082-245700 / 082-245800 dibuka kepada semua pemanggil di seluruh Bumi Kenyalang termasuk di Negara Brunei Darul Salam untuk bermukun di talian. Antara bekas-bekas pengendali Bermukun yang masih dikenang sampai sekarang ialah Abang Dill dan Mat Dram.

Pemanggil akan berbalas pantun dengan artis-artis Mukun (Pemukun dan Syeh Gendang) di konti SARAWAKfm secara langsung setiap minggu.  "JUH BERMUKUN"  antara program yang dapat bertahan dengan begitu lama di stesen RTM Sarawak dan menyaksikan pengendalinya bertukar personaliti tetapi masing-masing mempunyai pengikutnya sendiri. Dengan adanya program berbentuk kebudayaan ini, diharap dapat menarik minat pendengar-pendengar muda agar kebudayaan melayu ini akan terus bertahan sampai bila-bila.

Rancangan "JUH BERMUKUN" juga sering turun padang setiap kali pelbagai program bertemu rakyat diadakan di seluruh Bumi Kenyalang dan sering mendapat sambutan hangat daripada orang ramai termasuk orang dewasa dan kanak-kanak.

Kredit Lima Bintang diberikan kepada program tonggak SARAWAKfm ini Laughing

 

 

 

Portal Rasmi SARAWAKfm "Sehati Sejiwa"@88.9Mhz

Ikuti kami di facebook

 

                           

 
                             
                           

Search Our Site