Format Stesen

  Contemporary Hits Radio (CHR)  

 

 

 

CHR (Contemporary Hits Radio) merupakan stesen yang memainkan lagu-lagu popular terkini / terbaharu sama ada single atau album.

CHR juga boleh disebut “Current Hits Radio” yang menyiarkan lagu-lagu berdasarkan pada senarai lagu yang diminati pendengar (lagu-lagu yang disiarkan adalah dari  permintaan telefon / web (FB, dsbnya) atau dari senarai carta lagu – lagu hits / popular).

CHR juga kadang-kala terarah pada stail muzik yang  lebih spesifik seperti lagu rock, urban atau kepelbagaian stail atau genre muzik seperti pop / dance / RnB / rap  dan sebagainya.

Stesen CHR juga memainkan lagu-lagu hits yang dikeluarkan  lebih 15  tahun lepas (atau lebih lama  – tidak sampai ke tahap lagu klasik) .