SARAWAKfm?

SARAWAKfm.....sarawakFM.....SARAWAKfm.....sarawakFM.....SARAWAKfm.....sarawakFM!!!

KENALI KAMI

Stesen radio utama di RTM Sarawak bertempat di tengah-tengah Bandaraya Kuching dengan tagline "Sehati Sejiwa". Sejarah kami bermula pada 7 Jun 1954. Satu-satunya stesen penyiaran yang ada ketika itu dikenali sebagai Radio Sarawak. Kini berusia hampir setengah abad ditukar namanya dari Radio Malaysia Sarawak dan sekarang gah dikenali sebagai SARAWAKfm "Sehati Sejiwa"....

Peranan Kami?

Kami mendukung objektif jabatan dan menyiarkan siaran radio 24 jam yang mengandungi rancangan yang menitikberatkan unsur-unsur pembinaan sikap, rohani dan minda yang sihat, cergas dan cerdas demi memaju dan menjayakan pembangunan sosio ekonomi masyarakat selaras dengan cita-cita Negara.

Selain memberi hiburan tanpa jurang bagi semua genre, ia juga menjadi alat untuk mewujudkan perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum. Penubuhan Radio Sarawak bertujuan untuk menyediakan saluran bagi mendidik rakyat di samping memberi hiburan. 

Dengan itu, Jabatan Penyiaran atau lebih dikenali sebagai RTM melalui Radio Sarawak berperanan untuk membantu kerajaan menyalur mesej yang bertujuan untuk mencapai kemajuan, kemakmuran dan kebahagian di samping berusaha untuk merapat dan menjalinkan hubungan dua hala antara rakyat dengan kerajaan dan sebaliknya. 

SARAWAKfm turut memainkan peranan mengukuhkan perpaduan rakyat melalui penggunaan Bahasa Malaysia. Di samping memberi pendidikan dan hiburan, kami diamanahkan untuk memberi penerangan terkini dan terperinci tentang dasar-dasar kerajaan dan menyebarkan maklumat penting kepada segenap lapisan masyarakat.

Selain Berita Utama/Ringkas dari Pusat Berita Radio RTM Kuala Lumpur setiap jam, kami di SARAWAKfm turut menyiarkan berita terkini yang disampaikan oleh personaliti kami sendiri pada pukul 6:00 pagi, 12:00 tengahari, 3:00 petang, 6:00 petang dan 10:00 malam.

 Siapa Personaliti SARAWAKfm?

Dapatkan pengenalan ringkas dan wajah-wajah kami dalam paparan Personaliti.